Okay. Sebenarnya tajuk post takde kaitan dengan apa yang aku nak tulis ni.
So, aku baru je baca Terfaktab Zine pasal Move On. Oh, hell. Aku tak pernah kata dan takkan pernah kata Move On tu perkara yang senang. Memang tak senang dan sangat susah.
Maybe for some people, diorang punya life macam jatuh lah. Contohnya, grade diorang, communication diorang dengan orang sekeliling dan yang lain-lain.
Buat diri aku sendiri, aku akan lebihkan komunikasi dengan orang supaya aku takkan asyik duduk kat ceruk rumah dan teringat pasal si dia. So, bila aku bergaul dengan orang, sedikit sebanyak kesakitan tu akan terurai sikit-sikit. Nangis tu kau tak payah cakap lah sakitnya. Allah je yang tahu.
Aku pernah dua kali break dan tak menangis. For certain reasons lah. Aku tak rasa nak menangis langsung. Agak kejam but hey, aku tak rasa sedih pun. Shitz.
And this first time aku nangis pasal lelaki, aku pun ingat aku punya result exam midterm, final and quizzes semua tu akan jatuh. Hah! Ternyata sangkaan aku meleset. Result aku tetap nak tunjuk kat aku yang diorang tanak down macam aku jugak. Pergh pergh. Korang nak kata aku bangga diri ah? Weh, tak weh. Tak. Kadang-kadang bila kau rasa paling down, down yang paling down, kau nak jugak orang sekeliling kau perasan keadaan kau menerusi grade kau. Tapi, kalau dah grade kau okay, means kau okay jugak lah kan?
Or actually aku taknak parents aku risau pasal aku.
So, aku bersyukur yang grade aku tak tereffect dengan keadaan aku yang terumbang-ambing ni. Alhamdulillah.
Korang, sama-samalah kita jaga grade kita! Bila korang sedih je, terus grab buku!
p/s : Aku masih ngantuk. Melantak satu burger dan satu bungkus Maggi Asam Laksa (pengaruh Istanbul Aku Datang) untuk sarapan pagi ni! Wuu!
No comments:
Post a Comment